MemBER- MemBER Koi

Leave ur link here::

Monday, May 30, 2011

Tip Kuruskan Pipi

Kalu pakai tudung macam ni takde la nampak tembam kan?kan?

Lately ni ramai lak yang pasan NS dah gain some weight ala bukan banyak pon 3 kg je pon haha (pames taw i kuikui)... sbelom2 ni takde pon nak tegur..aish! tekanan den..Walaupun kadang2 rase tak kisah sebab leh turun balik tapi bile dah cam obvious sangat tu rase gak la..psst! NS penah nangis pasal hal ni hoho sila la caye tekanan okay ingat tak ke...BMI normal tapi punya pipi comel cute lagi erk bulat2 <----nak sedapkan hati.. Orang akan terus kate kite ni berisi mean ge*** la...


Ada sekali tu adik NS paling kecik ni cakap " kakak kurus tapi cam gemok skit" (budak2 kan cakap penuh kejujuran dari ati yang tak reti2 nak jage perasaan akak yang berjiwa sensitip lagi fragile ni)..sabo jela =.='.. NS suh tipu2 cakap pon dia taknak..So pada smua2 yang rase pipi dorang tertanam yis yang tak penah habis2 tu moh ikut step senaman yang ni..NS dah start buat so kte tunggu kesan yer


Senaman Pertama

  • Buat mulut nak kiss (yang suka ambik gambo posing macam ni adalah paling mahir buat hoho) then buka mulut besar2 macam nak makan Big Mac mc'd tu..Pastu buat balik mulut kiss tu...Ulang langkah ni laju-laju sampai bahagian rahang rase lenguh dan tegang.

Senaman Kedua


  • Ketapkan bibir (bibir atas dan bawah bawak masuk dalam mulut dan tutup mulut..paham tak?) then same step macam tadi buka mulut tutup mulut..ulang langkah ni dalam 10-20 minit buat sampai lenguh taw. Kalau esok pagi rasa sakit/sengal2 bahagian leher, maknanya korang berjaya buat. berhenti buat dulu sampai tak rasa sakit.bila dah kurang rasa sakit baru sambung buat


Senaman Ketiga

  • Latihan A E I O U berdasarkan mimik muka.
  • Sila bentukkan mulut dan mimik muka semasa menyebut setiap huruf iaitu huruf A, E, I, O, dan U. Sebutkan setiap huruf secaa perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Ada sesetengah orang kata, buat dalam masa 2-3 minit. Eloklah mengadap cermin semasa buat senaman mimik muka ni, tapi jangan gelak sebab kuat ketawa boleh menyebabkan pipi jadi tembam dan muka jadi gemuk. Kalau nak ketawa, ketawalah di dalam hati.

Senaman Keempat

  • Amalan Waktu Pagi dan Sebelum Tidur...
  • Amalan ini perlu dilakukan pada waktu pagi dan juga pada waktu sebelum hendak tidur. Tongkatkan siku pada kepala lutut dan tampungkan kedua-dua keseluruhan telapak tangan ke seluruh bahagian muka selama 5-10 minit.



For extravaganza cute and comel yer pipi


Senaman Pertama
  • Kalau tadi pada bahagian muka, sekarang kita ampukan tapak tangan ke bahagian dagu pula. Buat dalam 5-10 minit juga.

Walaubagaimanapun (ayat skema) pipi tembam tetap cute and comel kan?kan? hahaha sila la muntah pelangi yer..kihkih.. orang kata mempunyai pipi cute ni awet muda susah nampak tua..haha mang pon asek orang ingat NS ni baru habis skolah jer..stress jer..dah la ketinggian pon comel jer (ayat puji diri okay sila paham haha)..bile NS minta pendapat orang len smua tak kasi NS kuwuskan dorang kata wat pe kurus2 ingat cantik ke..Laki ramai tak suka pempuan kurus sangat, dorang suka tembam2 (rase cam ade double meaning jer kan?kan?)..K la merepek sudah haha slamat mencuba yer...(^_______________^)<-----saye si pipi pau

Tip untuk kecilkan peha (Edisi Kesihatan)

Meh sape2 rase peha cam drumstick (btol ke haku eja ni??..hantam saja la labu) termasuk la yang menaip ni hahaha..dasar sedar diri la entri ini di kuakan untuk kebaikan bersama..Mari2 kita lakukan senaman2 yang simple ini but very effective.. Ayuh kite mulakan langkah pasni pasti kaki anda supe model melatop u'ol..huhu

NS copy paste jer dari web si Kevin Zahri ni..ala si body trainer terkenal tu..Tak kenal?? sila guna khidmat pakcik google ye u'ol (^_____^). Let begin!



Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!

p/s: Sila sekalikan dengan pemakanan yang sihat ye u'ol..Kalu setakat senaman shari dalam setahun pas2 u'ol gasak makan 5 6 pinggan tiap2 hari..Useless la u'ol bace tip NS ni ye u'ol...Next tip NS ngah cari care2 nak kuwuskan sikit pipi NS yang macam ade yis tiap kali makan ni...U'ol support niat murni NS ye nak kuwuskan pipi ni rase2 mau 2kg berat ni hahaha..k la selamat mencuba senaman di atas (^______^)<--- pipi pau

Sunday, May 29, 2011

Tip Lulus Temu Duga Sektor Swasta


Kali ni NS nak share tip2 menghadapi interbiu dgn syarikat2 swasta..kerajaan pon boleh tapi bese yer interbiu gov ni lain skit..So tak yah cakap banyak jom kte check pe yang patut..Sharing is caring

Kita mahu kerja di perusahaan bukan semata-mata bijak di akal tetapi juga di hati dan melalui tingkah laku.

Justeru, bagi mereka yang bergraduasi dengan PNGK cukup-cukup makan, sila ikuti tip-tip ini untuk menonjol di mata penemu duga hinggakan dia akan berbisik kepada dirinya sendiri, "Pensyarah budak ni salah menilai agaknya."

Tip Pertama: Tujuan

Sebagai orang Islam, kita mesti tahu perkara pertama yang perlu ada sebelum kita buat sesuatu perkara, bukan? Ya, niat.
Niat anda mencari kerja mesti betul, agar keseluruhan acara bekerja diberkati Allah yang setiap saat memerhatikan kita dari atas sana. Kerja itu ibadat.
Jadi, pastikan kita bekerja kerana Allah. Kalau bekerja kerana mak ayah, sudah pasti muncul dalam imaginasi kita gambaran kita memberi wang RM500 sebulan kepada mak ayah.
Tetapi kalau kerja untuk Allah, bagaimana?
Ya, untuk menambah baik masyarakat sekeliling dan semuanya. Orang kata add value.
Kita bekerja untuk membolehkan diri kita menyahut saranan Allah untuk add value dalam umat manusia, bermula dengan add value dalam keluarga (keturunan), kejiranan, kampung, negeri, negara dan dunia.
Mana tahu nanti anda akan mengganti Ban Ki Moon selaku Setiausaha Agung PBB?
Allah suruh kita buat baik, memberi makan kepada orang miskin dan anak yatim, bantu-membantu, mengeluarkan zakat, bersedekah dan menyampaikan ilmu.
Ini semua kita tidak dapat dilakukan kalau tidak ada duit. Nak dapatkan duit kena kerja. Jadi, bekerjalah kita kerana Allah.

Tip Kedua: Persediaan 
01.
Berfikiran Positif

Sekiranya kita mengakui kita memang sejenis manusia bercas positif, maka di hari temu duga kita pasti akan positif tahap maksimum. Dalam masa mencari kerja (menganggur), buatlah perkara-perkara yang anda selesa dan bagus padanya (good at it). Makan makanan yang anda suka. Nikmati setiap detik "bercuti" dengan kawan-kawan. Do not over confidence, just... smart.

02.
Studi Menyeluruh

Sekarang sumber informasi banyak, jadi pastikan sebelum ke bilik temu duga sesebuah syarikat, kita sudah tahu sebanyak mungkin maklumat berkenaan syarikat tersebut. Paing tidak, hal semasa dan asas perniagaannya, lingkungan produknya dan cawangannya. Kalau ke bilik temu duga Proton dan penemu duga menyebut tentang hal semasa Proton seperti, "Lately our company is having a great discussion about engaging partnership with Volkswagen, what do you think about this issue?" Dan kalau kita jawab, "Oh, really? I actually don't really know that." Itu memang menggali kubur sendiri. Juga studi lokasi temu duga (termasuk aliran trafik waktu puncak) sehari sebelum sesi untuk datang 30 minit lebih awal nanti.

03.
Berlatih

Cakap depan cermin dan lihat bahagian mana yang perlu diperbaiki. Gaya tangan, nada suara, atau leher. Manalah tahu nak speaking punya sampai tergeliat leher... hehe. Boleh juga ajak kawan untuk konon-konon jadi si penemu duga.

04.
Resume

Resume mesti ringkas dan padat, paling tidak dua muka surat. Kemudian. Semua item dalam resume akan menjadi modal bagi penemu duga untuk bertanyakan soalan. Boleh lihat nanti bila dia nak tanya soalan, dia akan belek-belek resume kita dengan muka tak percaya. Jadi, pastikan semua butiran dalam resume itu anda tahu keseluruhan ceritanya. Bawa back up document. Kalau dalam resume kita menyatakan tentang projek akhir tahun, bawa laporannya.

05.
Sekufu

Sekiranya mahu cepat dapat kerja, aim dulu company yang sekufu dengan PNGK kita. Kalau grad 2.33 dalam bidang kejuruteraan Mekanikal mahu target Shell atau Slumberger memang susahlah bang. Cari syarikat swasta biasa-biasa dulu. Sama ada syarikat tersebut kena dengan cita rasa atau tidak, tidak kisah. Apa yang penting ialah mencari pengalaman pertama berkerja. Selepas ada pengalaman setahun dua, kalau rasa nak demand, silakan.

07.
Pakaian

Bagi jawatan eksekutif seperti eksekutif pentadbiran, arkitek, jurutera palnner dan lain-lain: kemeja warna cerah, seluar gelap, kasut hitam, rambut pendek (kalau boleh buat stail Carlo Ancelotti) dan kenakan tali leher; warna biar waras jangan pakai klip Doraemon pula. Bagi anda si gadis comel-comel, saya rasa saya tak perlu nak komen lebih, anda semua lebihexpert bab pakaian, bukan? Pemakaian tidak ada kompromi. Jatuh cinta tahu pula pandang pertama. Jadi, jangan tak tahu perkara itu juga boleh berlaku di bilik temu duga. First impression bukan perkara main-main.

Tip Ketiga: Perkara Asas
Sahsiah diri. Perkara ini adalah 'kemasan diri' atau kekuatan EQ kita. Graduan dengan 3.50 pointer ke atas pun belum tentu pandai dalam bab ni. Jadi ini peluang sama rata untuk semua lapisan CGPA.

01.
Tepati Masa

30 minit awal untuk rileks, hirup udara dalam perusahaan, dan berak dulu kalau perut bertindak mahu menjahanamkan sesi temu duga anda... hehe. Pokoknya, ambil masa untuk bersedia.
02.
Jadi Diri Sendiri

Ya, betul kita dah buat studi, berlatih, dan self talk malam semalam bagai nak rak tapi jangan biarkan skrip-skrip itu semua membuatkan anda jadi seperti robot. Jangan asyik ulang benda dalam kepala takut lupa, just let it go. Kosongkan fikiran dan free. Biarkan skrip-skrip tadi berada di belakang kepala yang akan keluar secara spontan dan natural.

03.
Jujur

Syarikat adalah pembeli, dan kita datang pada hari itu untuk menjual diri. Maka, kita dengan ikhlas perlu target bagi mencapai win-win situation. Syarikat mendapat pekerja yang baik, pekerja mendapat syarikat yang sesuai dengan diri. Jadi, kita kena jujur. Tak suka, cakap tak suka. Tak tahu, cakap tak tahu dalam bentuk terbaik. Kalau kita yes sir saja memanjang untuk pancing kerja, nanti dapat kerja yang tak kena jiwa, bos pening kepala malah kita juga turut merana.

04.
Be Cool

Jangan gentar. Penemu duga itu adalah pak cik seseorang yang suka menyiram pokok bunga pada pagi hari minggu. Alah, macam pak cik kita juga. Jadi, jangan masuk ke dalam bilik temu duga dengan kepala lutut bergetaran dan perut berombak-ombak. Rileks dan anggap temu duga sebagai sesi berbual-bual.
05.
Bahasa Badan

Anda tahu 70% komunikasi adalah pada bahasa badan? 10% pada intonasi suara dan hanya 20% pada bahasa. Sebab itulah walau pun tidak pandai bercakap, babun Afrika boleh hidup bermasyarakat hanya dengan terpekik-pekik kala singa tiba-tiba muncul. Justeru, perlu tahu bermain mata. Kalau ada tiga penemu duga, pandang mereka sama rata jangan sampai ada yang merajuk. Tangan tak boleh tetap pada satu kedudukan, mainkan ia ikut irama kata. Jangan biar lama atas meja, jangan biar lama bawah meja. Muka kita pula mesti penuh minat, penuh konsentrasi, penuh tenaga. Sekali anda menguap depan penemu duga, memang tidak ada harapanlah jawabnya.Begitu juga, anda perlu bijak membaca bahasa badan penemu duga dan kendalikan sebaiknya.

Tip keempat: Temu Duga
01.
Butiran spesifik.

Soalan pembukaan paling popular adalah "Introduce yourself, please." Baik, jangan lupa untuk senyum dulu dan ucapkan terima kasih. Beri biodata ringkas, termasuk hobi. Ulas tentang kursus yang kita ambil serta kekuatan diri. Jangan meleret, just nice. Anda perlu ingat, ini bukan soalan suka-suka, sebenarnya ia satu soalan tidak langsung kepada soalan langsung iaitu, "Why should we hire you?"

02.
Pandu Sesi Soal Jawab

Sebenarnya, kita boleh pancing tukang temu duga ke arah skop yang kita kuasai. Kadang-kadang penemu duga menyediakan soalan, kadang-kadang tidak. Justeru, soalannya akan berbuah daripada jawapan kita pada soalan sebelumnya. Semasa menjawab soalan, secara automatik kita sepatutnya dapat menjangka soalan yang bakal keluar dan kalau kita boleh pandu soalan-soalan itu ke ruang lingkup pengetahuan kita, itu adalah peluang keemasan! Jadi, cuba beri jawapan yang berpotensi memancing minat penemu duga untuk bertanya lagi berkenaan subjek kita itu. That's it!

03.
Cara Berdalih

Kadang-kadang rantaian atau tembakan soalan akan sampai ke satu titik yang memerlukan kita cakap, "Sorry I don't know." Ish, takkan nak cakap tak tahu, jatuhlah saham kan? Memang ada penemu duga yang sengaja nak jatuhkan kita. Dia cornered kita dengan soalan tahap CEO, dia tanya, tanya dan tanya sampai kita terkencing. Kadang-kadang memang kita boleh nampak niat "jahat" dia ke situ. Tak adalah "jahat", lain penemu duga lain cara. Kita pula nak cakap tidak tahu, takut gagal temu duga. Lalu kita pun cuba untuk menipu. Sila jangan cuba untuk menipu penemu duga, kalau tidak tahu, kenalah tahu bahawa ada banyak cara untuk cakap tak tahu dengan cara berhemah.

Kita kena jual diri kita berdasarkan apa benda yang kita ada, dan kejujuran adalah satu benda bernilai yang paling penemu duga suka. Jujur, dan katakan "I am sorry sir I am afraid I do not know to explain on the subject. However I believe learning is my responsibility if I am hired." Jangan cuba tembak, jangan tipu. There is no right or wrong answer. Kadang-kadang penemu duga pun tak tahu, dia acah saja pun ada. Semuanya adalah perbincangan. Dan sebenarnya, penerangan kita itu yang akan pancing minat penemu duga. Dia boleh menghakimi kita bukan daripada segi betul atau salah jawapan kita itu, tetapi cara kita berbincang boleh mencerminkan apakah kita jenis yang sembang tanpa fakta, cuai, tiada keyakinan diri, atau tidak tahu buat kerja. Jadi, jawab berdasarkan apa yang kita tahu. Boleh jadi apa yang kita tahu itu salah dan kita cuma jujur beritahu bahawa memang sekadar itu yang kita tahu. Pastikan anda mengakui dengan penuh karisma dan profesionalisme, penemu duga akan suka untuk menjelaskannya kepada kita nanti. Dia pun mahu tunjuk action juga.

04.
Gaji

Sesi interview adalah sesi jual beli. Jadi, jadilah bijak untuk pancing gaji. Biasanya setiap syarikat ada standard gaji permulaan untuk fresh graduates. Tidak usah risau. Bagi mereka yang sudah ada pengalaman, pasti tahu bagaimana nak kaw tim offer.

Akhir sekali, jangan putus asa, senantiasa bertawakal. Cuba sampai dapat, bila dah dapat cuba improve diri untuk mencari kerja yang betul-betul untuk jangka masa panjang.

Sumber asal: ILuvIslam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...