MemBER- MemBER Koi

Leave ur link here::

Wednesday, September 25, 2013

Syukur itu tanda redha

Assalamualaikum semua..

Kekadang idup kte tak seindah yang kte sangkakan kekadang rezeki yang kte trima tak pula disangka-sangka. Ada kala ia manis ada kala ia pahit. Sejak berbadan dua ni, emosi mudah terganggu dan sangat sensitif. Benda yer xder la besar mane pon sampai nak nanges.. plak tu ape benda yang sensitif kat tibi tu semua nak nanges dan emo. Risau takut anak kua nanti kuat nanges waaa susah la nak bagi diam balik sebab duk teringat pengalaman adik bawah kte masa baby2 dlu..oh mak ai kuat amat nanges, pesen sore supe speaker lak tu...hehehe.

Actually, tujuan sebenar post ni cuma kte nak share kata-kata yang kte copy paste balik dari fb seorang kawan kte kt fb tu. Bile bace bait-bait ayat tu, kte rase tenang dan sangat bersyukur. Rezeki anak, rezeki kesihatan dan harta benda adalah kurniaan yang Maha Kuasa. Kte diajar supaya bersyukur dan redha seadanya.. Kte sentiasa percaya setiap yang berlaku sentiasa ada hikmah yer. Sepanjang kehidupan kte selama 26 tahun ni, kte dah melalui banyak kehilangan sampai pada satu tahap kenapa Allah uji kte sebegitu rupe. Melihat orang lain bahgia bersama orang-orang yang di sayangi tapi kte kehilangan semua tu. Sentiasa la berfikiran positif, kte banyak muhasabah diri, merenung nasib orang lain yang lebih susah dari kte membuatkan kte lebih menghargai sesuatu perkara.

Kini, kte sedar semua tu satu ujian hidup yang harus kte tempuhi untuk jadi seorang insan yang lebih matang dan menghargai. Serius kata, selepas kehilangan beberapa orang yang kte sayangi, hidup kte lebih menyayangi insan yang berada dekat dengan kte sekarang. Syukur kte dikurniakan seorang insan bernama suami yang cukup sederhana dalam perwatakan tapi sangat penyayang. Syukur sangat sebab tak penah belai dan di manja sebagai mana beliau selalu lakukan.. sangat toleransi dalam semua perkara, senag bekerjasama walaupun bab masak mang 0 huhu, sanggup bersusah payah untuk memastikan keselesaan diriku ini. Hopefully ia bukan la sementara dan harapan bialah berkekalan. 

Dibawah ni adalah bait-bait kata yang kte copypaste tu

Alhamdulillah syukur
InshaAllah.
Rezeki ada di mana-mana. 

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. 
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, 
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil


**sama-sama la kte saling menghargai sebelum ape yang kte kecapi sekarang hilang suatu hari nanti



Salam u'ol

No comments:

Post a Comment

SiLa NgOmEn SkIT bG nAsIhAt Pon Xpe...pade yg komen mekasih!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...